Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kastam Sasar 100,000 Pendaftaran...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan 100,000 pendaftaran individu, syarikat atau...

SPRM Beri Insentif Lebih...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada...

Fatin Nuraisya Dinobat Clever...

SHAH ALAM - Fatin Nuraisya Mohd Hanipha, peserta dari Kelantan telah dinobatkan sebagai...

Keputusan MUET Sesi November...

KUALA LUMPUR - Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2014...

RTM Cadang Wujudkan Saluran Berita TV Sepenuhnya

JAKARTA – Radio Televisyen Malaysia (RTM) bercadang mewujudkan saluran berita TV sepenuhnya apabila proses peralihan sistem analog ke digital siap sepenuhnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pewujudan salurun itu diharap dapat memantapkan lagi penyampaian maklumat dan penjelasan terhadap isu-isu yang mengelirukan rakyat.

“Walaupun kita sudah ada saluran berita Bernama TV yang beroperasi 24 jam (melalui Astro), namun masih terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu yang perlu diberi penjelasan sepenuhnya berdasarkan fakta yang tepat dan sahih.

“Sebab itu, RTM bercadang mewujudkan saluran berita TV sepenuhnya bagi membantu dari segi penyaluran maklumat supaya rakyat termasuk di luar bandar tidak keliru, terutama yang membabitkan isu nasional. Soal pertindihan fungsi antara Bernama TV dan berita TV RTM tidak timbul malah kedua-dua saluran ini saling bantu membantu,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan meninjau studio penyiaran ibu pejabat Metro TV dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Mohid Mohamed, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kamarudin Abdul Rani, Pengarah Berita Ehwal Semasa Jabatan Penyiaran Malaysia Wan Bukhari Wan Daud dan Pengarah Berita Metro TV Suryopratomo.

Berikutan itu, Salleh berkata RTM akan menghantar beberapa pegawainya untuk menjalani latihan di Metro TV bermula Januari depan sebagai sebahagian daripada persiapan awal untuk menjayakan pewujudan saluran berita TV.


Beliau berkata RTM dan Metro TV telah menjalin kerjasama sejak dua tahun lepas yang tertumpu kepada bidang pemberitaan.

Salleh berkata pemilihan Metro TV untuk tujuan itu amat sesuai memandangkan ia merupakan saluran berita TV yang beroperasi 24 jam dan programnya terutama ‘Talk Show’ mendapat sambutan yang menggalakkan di Indonesia.

“Mungkin kita boleh mempelajari sesuatu daripada kejayaan Metro TV, sekali gus membantu merealisasikan impian kita mewujudkan saluran berita TV RTM,” katanya.

Metro TV yang dilancarkan pada tahun 2000 merupakan saluran berita TV swasta Indonesia yang berpangkalan di Jakarta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori