R&R Machap Ditutup Enam Jam Selasa – PLUS

KUALA LUMPUR – Medan selera kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap arah utara di KM74.6 akan ditutup enam jam esok bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dijalankan.

Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penutupan bermula 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok.

“Stesen minyak akan beroperasi seperti biasa.

“Dengan menaik taraf kawasan ini, ia akan memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000. – BERNAMA

Loading...