Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aktivis NGO Gugat Fuziah...

KUANTAN - Berbanding calon yang diturunkan Barisan Nasional (BN) pada dua Pilihan Raya...

Banjir Di Terengganu Hampir...

KUALA TERENGGANU - Cuaca baik sepanjang hari di Terengganu terus menyaksikan penurunan ketara...

Ajal Selepas Samun Pengurus...

BERANG disamun, pengurus kilang nekad memecut kereta dan mengejar dua penjenayah yang menunggang...

Lepas ‘Perang’ Dengan Ex,...

SELEPAS kisah 'pergaduhannya' dengan bekas teman wanita menjadi hangat di laman sosial Instagram,...

Rozita Hadir Bagi Semakan Semula Kes Cedera Amah

SHAH ALAM – Selepas gagal hadir bagi semakan semula hukuman di Mahkamah Tinggi Shah Alam Rabu lalu, Rozita Mohamad Ali, yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya dua tahun lalu, hadir di mahkamah hari ini.

Suri rumah berusia 44 tahun yang memakai serba hitam itu hadir ke mahkamah bersama dua peguamnya kira-kira jam 8.55 pagi, berikutan permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara dan prosiding dijangka bermula pada bila-bila masa sahaja.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu, selain perlu membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan sedemikian selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraan kes terhadapnya.

Suri rumah terbabit sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh, namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).


Bagaimanapun, pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara, yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Pada 21 Disember dua tahun lalu, pembantu rumah terbabit, Suyanti, ditemui terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang oleh pengawal keselamatan. – BH ONLINE

Kategori