Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Musnahkan Usahanya...

LANGKAWI - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi calon pembangkang di Langkawi dalam...

Lantikan Pengerusi GLC Tidak...

PONTIAN - Pelantikan jawatan pengerusi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu...

Berbekalkan RM15 Terakhir Untuk...

BERBEKALKAN wang terakhir RM15, seorang warga emas terpaksa berkorban membayar tiket bas untuk...

Korang Tau Tak RUKUN...

Bagi rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi kita telah diajar bahawa terdapat...

Rossi Hampiri 6,000 Mata GP

PELUMBA Itali, Valentino Rossi berpeluang untuk melakar sejarah pada perlumbaan Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini ketika juara dunia sembilan kali itu semakin hampir muncul penunggang pertama mengumpul 6,000 mata dalam sejarah GP motosikal.

Kejayaan penunggang Yamaha dari Itali itu menghuni tangga kedua di Sachsenring sebelum ini membolehkannya mengutip 5,994 mata secara keseluruhan, bermakna penamat 10 teratas di litar dia kali pertama menang perlumbaan Grand Prix pada 1996 akan memastikannya menjadi pelumba pertama meraih pencapaian itu.

Hujung minggu ini adalah kali ke-23 berturut-turut Rossi berlumba di Brno dan ia litar yang penuh bersejarah buatnya.

Daripada 18 perlumbaan dalam kelas perdana, pelumba dengan jentera bernombor 46 itu mencatat 11 penamat podium, lima kali menang dan tidak pernah berakhir di luar kelompok 10 teratas sejak tidak menamatkan perlumbaan pada GP Czech pada 2002.

Pencabar terdekat penunggang berusia 39 tahun itu adalah Dani Pedrosa (Repsol Honda) yang mengumpul 4,094 mata dan Jorge Lorenzo (Ducati) dengan 3,869 mata, dua lagi pelumba yang mencatat banyak kejayaan di litar itu. – Agensi/myMetro Online

Kategori