Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Amal Pemerintahan Kuku...

ALOR SETAR - Tindakan 182 anggota DAP di Melaka keluar parti baru-baru ini,...

Cadang Tubuh J/kuasa Pantau...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan...

PDRM Gagalkan Cubaan Serangan...

KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan dan ketangkasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan satu...

Korea Utara Bedil 4...

SEOUL - Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik ke timur semenanjung itu...

Rosmah Inovasi Pembangunan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima anugerah Tokoh Inovasi Pembangunan Kanak-kanak daripada Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) atas sumbangan dan jasa beliau sebagai pengasas dan penaung program PERMATA.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau oleh Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee bersempena majlis Anugerah Guru Bestari 2017 anjuran yayasan berkenaan di sini hari ini.

YPC turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Yayasan PERMATA.

Menurut YPC, Rosmah menerima anugerah itu berdasarkan peranan, jasa dan sumbangan kepada negara antaranya dalam membina keupayaan, mencungkil kreativiti, merangsang minda dan kemahiran sosial kanak-kanak di bawah usia empat tahun menerusi Program PERMATA Negara.

Ia juga sebagai menghargai sumbangan beliau dalam menyantuni kanak-kanak autisme dan menitik berat penjagaan berkualiti kepada kanak-kanak autisme menerusi PERMATA Kurnia selain membimbing pelajar yang mempunyai kepintaran luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang menerusi PERMATA Pintar.

Anugerah berkenaan juga sebagai menghargai peranan isteri perdana menteri dalam menggilap bakat kanak-kanak yang berpotensi dalam bidang seni selain inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memerangi jenayah seksual kanak-kanak.

Pada majlis hari ini, Rosmah menyampaikan Anugerah Guru Bestari kepada 37 guru sekolah dalam Parlimen Cheras dan Kuala Lumpur. Mereka menerima wang tunai, telefon pintar dan sijil penghargaan.


Dalam ucapannya, beliau menyifatkan anugerah Guru Bestari yang diwujudkan YPC sejak 2001 sebagai pengiktirafan atas pengorbanan guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa.

“Saya berasa gembira dengan inisiatif ini yang menunjukkan kesungguhan serta komitmen tinggi YPC untuk membantu kerajaan memartabatkan profesion perguruan dan memajukan sektor pendidikan negara,” katanya.

Turut disampaikan ialah Anugerah Khas Pembangunan Pendidikan, Anugerah Khas PIBG, Anugerah khas Kepimpinan Guru Besar dan Anugerah Khas Kepimpinan Pengetua.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Foziah Buang menerima Anugerah Khas YPC. – BERNAMA

Kategori