Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuda Lancelot Bakal Diiktiraf...

ISKANDAR PUTERI - Seekor kuda jantan baka Friesian yang dilahirkan di Leisure Farm, di...

Pemandu Bas Ditangkap Khalwat...

Alasan menumpang tidur di rumah rakan sekerja digunakan seorang pemandu bas untuk mengelak...

2 Lelaki Ditahan Tawar...

KUANTAN - Polis menahan dua lelaki disyaki memperdayakan seorang ahli perniagaan dengan menawarkan...

Agong Tolak Deklarasi Ciptaan...

MEDIA propembangkang sebelum ini kecoh melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan...

Golongan Berpendidikan Tinggi Diminta Bantu OKU

KUALA NERUS – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta masyarakat termasuk mereka yang berpendidikan tinggi supaya tampil menawarkan diri untuk membantu membangunkan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Beliau turut berharap badan-badan amal negeri supaya meneruskan pelbagai program yang dapat mempersiapkan OKU ke tahap lebih tinggi.

“Tingkatkanlah kolaborasi dengan pelbagai pihak, tidak kiralah pihak kerajaan, golongan korporat mahupun individu agar kata sepakat dicapai supaya mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat.

“Saya kerap kali menyatakan bahawa mereka perlu diberi lebih ruang untuk memainkan peranan secara menyeluruh dan saksama agar dapat mecapai potensi maksimum sebagai anggota masyarakat yang mampu menyumbang ke arah pencapaian matlamat dan wawasan negara,”katanya.

Rosmah berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri Semai Bakti kepada 250 pelatih Pusat Dalam Komuniti (PDK) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan Yang Dipertua Serikandi Halina Zakaria.

Pada majlis itu, seramai 250 pelatih daripada 24 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini dibawa ke pusat beli belah Mydin Gong Badak di sini untuk membeli pakaian serta kasut raya.


Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti berkata program itu, yang menjadi acara tahunan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti), bertujuan meraikan golongan istimewa yang sewajarnya mendapat perhatian penuh daripada semua pihak.

Bakti turut menyampaikan RM10,000 kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Barisan Nasional Negeri Terengganu (Serikandi) untuk diagihkan kepada pelatih PDK yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita turut memperuntuk sumbangan RM10,000 kepada setiap Badan Amal Negeri di seluruh Malaysia yang bekerjasama dengan pihak Program Semai Bakti untuk disalurkan kepada PDK berdaftar,” katanya.

Rosmah juga meluangkan masa kira-kira dua jam melayan kerenah kanak-kanak OKU dan menyampaikan duit raya kepada mereka.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori