Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

The Malaysian Insider Henti...

KUALA LUMPUR - The Edge Media Group membuat keputusan menutup portal beritanya, The...

Penamatan Kontrak Pegawai YPKDT...

JOHOR BAHRU - Penamatan kontrak 65 pegawai penyelaras dan pegawai penggerak Yayasan Pembangunan...

UMNO Tidak Tipu PAS...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar pihak yang...

Berilah Laluan Kepada UMNO

IPOH - UMNO Perak mahu semua pihak berlapang dada dan memberi laluan kepada...

RoS Sahkan Terima, Lulus Permohonan Pengecualian Rafizi

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.

Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim dalam satu kenyataan berkata permohonan Rafizi itu diluluskan pada 20 Julai lepas.

”RoS mengesahkan bahawa kelulusan pengecualian hilang kelayakan yang terpakai kepada pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan berdaftar bagi Rafizi adalah berdasarkan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” kata Masyati dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rafizi membuat permohonan demikian berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti.

Beliau bakal menentang penyandang jawatan berkenaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Masyati menegaskan bahawa tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu dalam memohon pengecualian hilang kelayakan dalam memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia.

“Sebaliknya, setiap pengecualian adalah berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan oleh mana-mana individu dan diproses mengikut prosedur tetap operasi mengikut Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” katanya.

Masyati berkata namun adalah tertakluk kepada keputusan pertubuhan (parti) untuk membenarkan mana-mana orang yang menerima kelulusan pengecualian untuk bertanding dalam pemilihan pertubuhan (parti) berkenaan selaras dengan fasal yang ditetapkan dalam perlembagaan dan peraturan (parti) berkenaan.

Menurut beliau, RoS telah meluluskan sebanyak enam permohonan pengecualian hilang kelayakan memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia kepada beberapa individu yang telah memohon pengecualian tersebut setakat 31 Julai lepas.

Seramai 800,000 anggota PKR akan mengundi pada pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung dari 14 Sept hingga 13 Okt depan.


Terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata parti tidak mempunyai sebarang masalah untuk Rafizi bertanding dan ia terpulang kepada RoS untuk tentukan PKR dibatal pendaftaran atau tidak.

Dr Wan Azizah mengulas laporan muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendakwa PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS kerana membenarkan Rafizi bertanding.

Ini kerana undang-undang parti berkenaan tidak membenarkan mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bertanding pada pemilihan parti.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din berkata jawatankuasa pemilihan itu akan membuat keputusan mengikut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Parti (PKR).

Beliau berkata jawatankuasa juga sentiasa memastikan rekod bersih setiap anggota yang ingin bertanding merebut sebarang jawatan di dalam parti.

“Berkenaan isu Rafizi ini pun sama juga. Jawatankuasa berpegang kepada prinsip selagi mana seseorang ahli itu tidak melanggar sebarang peraturan yang tertakluk mengikut Perlembagaan Parti maka tidak ada masalah untuk beliau bertanding.

“Mana-mana calon yang bukan seorang penjenayah, (tidak) diisytihar bankrap atau sedang berdepan tindakan disiplin oleh parti maka dia boleh bertanding, tiada masalah…,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Kategori