Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Belum Muktamadkan Calon...

KUALA NERANG: UMNO belum memuktamadkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum...

Menyamar Mat Saleh Buat...

MELBOURNE – Seorang lelaki kelahiran India dan kini warga Australia dijatuhi hukuman kerja...

Undang-Undang Tak Halang Guna...

Akta sedia ada tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, jika mematuhi beberapa peraturan.Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam jawatan bertulis di parlimen, menjawab soalan ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Honda Malaysia Buka Pusat...

KUALA LUMPUR - Pengedar Honda terbesar di Terengganu telah melancarkan Pusat 3S yang...

ROS Didesak Beri Penjelasan Rasmi Status DAP

PUTRAJAYA – Bekas pengerusi DAP cawangan Taman Nesa, Skudai S.Kogilavani mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi penjelasan berhubung status Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Beliau juga menggesa ROS memberi maklum balas segera terhadap aduan-aduan daripada beliau serta pelbagai pihak terhadap DAP.

Beliau mendakwa kelewatan ROS membuat keputusan terhadap aduan-aduan itu menyebabkan DAP mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan peringkat cawangan dan menjalankan pelbagai aktiviti sehingga kini.

“Kalau dalam dua minggu saya tak dapat jawapan bertulis daripada ROS, mungkin saya akan buat satu khemah dan protes di sini sampai saya dapat jawapan,” kata wanita itu kepada pemberita selepas menghantar memorandum kepada ROS di ibu pejabat ROS di sini hari ini.

Kogilavani berkata antara yang dituntut dalam memorandum ini adalah berkaitan status CEC DAP yang menurutnya tidak boleh diiktiraf kerana pemilihannya turut berdasarkan undi daripada anggota yang telah keluar parti.

Selain itu pihaknya menuntut supaya siasatan segera dibuat mengenai status 120 cawangan DAP yang belum berdaftar, tetapi hadir dan mengundi pada Kongres Khas DAP pada 29 Sept 2013.


Menurut Kogilavani, beliau turut menerima surat jemputan menjadi perwakilan pada kongres khas itu sedangkan DAP sedia maklum beliau telah keluar parti pada 2 Mei 2013 dan membubarkan DAP cawangannya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan DAP.

Ditanya tujuan beliau hadir ke kongres itu meskipun tidak lagi menganggotai DAP, katanya beliau sengaja hadir dan mengundi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam kongres berkenaan.

“Saya tidak tahu kenapa mereka boleh hantar surat untuk saya hadirkan diri untuk undi. Undi itu penting untuk kongres itu kerana itu dia ambil undi saya walaupun tidak jadi ahli.

“Sah ke jika seorang yang bukan anggota DAP boleh mengundi di kongres?,” tanya beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori