Rooney Ledak Dua Gol Benam Scotland 3-1

GLASGOW – Kapten England, Wayne Rooney meledak dua gol bagi membolehkan England mencatat kemenangan 3-1 ke atas Scotland dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Celtic Park, awal pagi tadi.

England terlebih dahulu di depan penyokong tuan rumah menerusi tandukan Alex Oxlade-Chamberlain pada separuh masa pertama sebelum Rooney meledak dua kali.

Gol tunggal Scotland diperoleh menerusi Andrew Robertson pada separuh masa kedua.

“Kami memang jangkakan menang perlawanan ini dan skuad kami lebih baik ketika ini,” kata Rooney.

“England menentang Scotland sememangnya perlawanan yang dinanti-nantikan dan malam ini ia kemenangan hebat kerana Scotland juga mempunyai pasukan yang dalam keadaan memuncak,” katanya.

Pengurus England, Roy Hodgson melakukan enam perubahan pemain daripada skuad yang menewaskan Slovenia 3-1 dalam kelayakan Euro 2016 di Wembley, Sabtu lalu termasuk menggantikan Raheem Sterling dengan Stewart Downing. – AP

Loading...