Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FAMA Melaka Agih 2.4...

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka akan mengagihkan kira-kira 2.4 juta...

Whatsapp Beta Membolehkan Penghantaran...

SALAH satu fungsi yang tidak terdapat pada aplikasi WhatsApp sehingga kini, tetapi popular...

Kebakaran Bangunan KWSP: Tiada...

PUTRAJAYA - Kebakaran di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing,...

Malaysia Gigih Banteras Pemerdagangan...

JOHOR BAHRU - Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) 2017 Amerika Syarikat yang meletakkan...

Robot Jelita Sambut Tetamu Kompleks Beli-Belah Jepun

TOKYO – Bayangkan jika yang menyambut anda di meja tamu ialah sebuah robot, dan bukan seorang manusia. Inilah yang berlaku di sebuah kompleks beli-belah ternama, Mitsukoshi di ibu kota Jepun.

Gedung serbaneka utama di Tokyo itu menerima penyambut tamu yang baharu pada Isnin, namun dia bukan calang-calang ‘orang’ sebaliknya robot yang menyerupai manusia atau juga disebut humanoid.

Aiko Chihira (…ops! umur dirahsiakan!) sebenarnya direka mirip kepada bentuk tipikal seorang wanita Jepun dan digerakkan dengan 43 motor, malah diprogramkan untuk berkomunikasi dalam bahasa Jepun.

Menurut Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Baharu Toshiba, Hitoshi Tokuda, gadis humanoid itu juga boleh berinteraksi menerusi bahasa isyarat Jepun khusus untuk golongan cacat pendengaran.

Baca : Hotel Guna Khidmat Robot Di Jepun


Buat masa ini, Aiko hanya membaca skrip bahasa Jepun yang sudah diprogramkan awal namun, tidak lama lagi, kemahirannya akan ‘dinaik taraf’ dan mungkin boleh bertutur dalam beberapa bahasa asing lain.

Aiko bertugas sebagai penyambut tetamu di pintu masuk gedung tersebut sehingga esok tetapi bermula lusa, dia akan berpindah memberi panduan kepada para pelanggan yang berada di tingkat 7 sehingga 5 Mei.

Humanoid jelita terbaharu keluaran firma Toshiba ini turut dibangunkan hasil ciptaan perintis sistem teknologi android, Hiroshi Ishiguro menerusi kajian makmal robotik pintar di Universiti Osaka.

Mitsukoshi yang diasaskan pada 1673 oleh Mitsui Takatoshi, kini adalah anak syarikat milik penuh gedung ternama, Isetan Holdings Limited dan memiliki 15 cawangan di seluruh Jepun. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori