Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PPM Tahan Lelaki Warga...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki warga emas selepas...

Amalan Bayaran Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA - Kerajaan tetap meneruskan amalan pembayaran gaji sebulan sekali kepada penjawat awam,...

Fazley Yaacob Nafi ‘Sweet...

NAMA chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob boleh dikatakan cukup terkenal dan popular bukan...

Perkhidmatan Rapid KL Monorail...

KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Rapid KL Monorail beroperasi semula sepenuhnya pada jam 4 petang...

RMK11 ‘Final Lap’ Sebelum Capai Status Negara Maju

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok merupakan ‘final lap’ kemaraan Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.

” Inilah ‘final lap’ (pecutan) sebelum kita mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020,” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata esok beliau akan membentangkan ‎RMK11 yang merupakan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang.

Beliau mengajak orang ramai untuk mengikuti pembentangan rancangan itu secara langsung online di blog rasminya www.najibrazak.com.

Pembentangan RMK11 pada persidangan Dewan Rakyat itu dijadualkan pada pukul 11.30 pagi.


Selain melalui laman blog Najib, pembentangan RMK11 itu akan turut disiarkan secara langsung oleh RTM.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori