Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesara Tentera Maut, 2...

SUNGAI PETANI - Seorang pesara tentera maut manakala dua rakannya cedera, seorang daripadanya...

`Personal Loan’ Khas Bank...

KUALA LUMPUR - Berita menarik buat pekerja-pekerja kilang!Bank Rakyat hari ini mengumumkan tawaran...

ESSCOM Tembak Mati Lelaki...

Natijah menceroboh sempadan dan melepaskan beberapa das tembakan, seorang lelaki ditembak mati oleh...

Selangor Bentang Belanjawan 2019...

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor, hari ini membentangkan Belanjawan berjumlah...

RM525,000 Bekal Tenaga Solar Kepada Orang Asli

GUA MUSANG – Kerajaan persekutuan membelanjakan sebanyak RM525,000 bagi membekalkan tenaga solar kepada 150 rumah masyarakat orang Asli Pos Gob di sini, yang masih belum menerima kemudahan bekalan elektrik.

Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Ab Aziz Yusof berkata kerajaan persekutuan memberikan secara percuma Kit Solar 1Malaysia berharga kira-kira RM3,500 sebuah kepada keluarga masyarakat Orang Asli di pos berkenaan, dan akan memperluaskannya ke kawasan masyarakat Orang Asli lain yang masih belum menerima kemudahan bekalan elektrik.

“Kira-kira 1,000 keluarga masyarakat Orang Asli yang masih belum menikmati bekalan elektrik kerana tinggal di kawasan pedalaman termasuk Pos Belatim, Bihai, Tuel dan Hendrop.

“Kita akan bekalkan Kit Solar 1Malaysia ini secara berperingkat kepada mereka dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kit Solar 1Malaysia di Pos Gob di sini, hari ini.

Beliau berkata kit solar buatan Australia itu lebih murah dan mampu bertahan sehingga lima tahun serta lebih lasak berbanding kit solar yang dibekalkan sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Gob, Uda Along, 48, berkata pemberian Kit Solar 1Malaysia kepada masyarakat Orang Asli di pos berkenaan bukti kesungguhan kerajaan menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang membelenggu kehidupan mereka sejak sekian lama.


“Bagi kita kit solar itu mampu menyelesaikan masalah kemudahan bekalan elektrik kerana ia juga boleh digunakan sepanjang masa dan dijamin pula penggunaannya selama lima tahun,” katanya.

Seorang penduduk Orang Asli, Raman Along, 23, berkata kerajaan persekutuan sering mengambil berat terhadap sebarang masalah yang timbul membabitkan masyarakat berkenaan agar kehidupan mereka setanding dengan masyarakat lain.

“Bukan sahaja kit solar diberikan percuma malah kerajaan persekutuan turut membina kediaman yang selesa kepada kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori