Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

PAS Tidak Terlibat Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS mengulangi peringatan kepada para pemimpin dan ahli parti itu...

Syafiq Liow Pilih Jalan...

NAMA Syafiq Rafiqqin Liow atau lebih mesra dengan panggilan Syafiq, hos saudara baharu...

Belum Tentu Lagi Anwar...

MASIH SAMAR... Harapan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk...

Parlimen: Desak Usul Bawa...

KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini mendesak supaya usul membawa Menteri Kewangan, Lim...

RISDA Tingkat Pemasaran Getah Sekerap, Susu Getah

TUARAN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini berusaha ke arah meningkatkan pemasaran getah sekerap dan susu getah, kata Pengerusinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata langkah itu bagi mendorong meningkatkan permintaan dan harga getah terbabit memandangkan harga getah bagi jenis itu di pasaran adalah rendah berbanding harga getah keping yang turut mempunyai permintaan tinggi terutama daripada syarikat pembuatan tayar.

“Kita sekarang sudah banyak berubah kepada susu getah dan getah sekerap dan untuk kembali semula menghasilkan getah keping adalah amat sukar termasuk memerlukan peruntukan tambahan.

“Penoreh getah kita juga tidak mahu getah keping, mereka masih nak membuat getah sekerap atau susu getah dan terus dijual.

Justeru, kita berusaha mencari pemasaran susu getah atau getah sekerap untuk harga lebih baik bagi menjamin masa depan pekebun kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kasihi Pekebun di Kampung Saradan Tenghilan di sini hari ini.

Zahidi berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi lain termasuk Lembaga Getah Malaysia untuk memasarkan getah selain menggunakan bahan itu bagi menghasilkan produk berasaskan getah.

Sementara itu, Zahidi berkata pihaknya bakal menyediakan satu platform bagi membantu meringankan kos sara hidup pekebun kecil seluruh negara yang berdaftar dengan RISDA menerusi penyediaan barang keperluan asas seperti beras, gula dan tepung pada harga berpatutan.


“Kita menjual barang keperluan itu pada harga yang murah,” katanya sambil menambah ia akan turut memanfaatkan petani, peladang, penternak dan nelayan.

Mengenai program penanaman semula getah di Kampung Saradan, Zahidi berkata program itu sudah dimulakan pada 2010 meliputi kawasan tanaman seluas 283 hektar tanah dan membabitkan 300 peserta.

“Dalam masa enam tahun (pokok getah) sudah boleh ditoreh dan hari ini, kita akan membuat torehan pertama di sini,” katanya.

Sejumlah RM247.2 juta peruntukan disediakan bagi program tanaman semula getah di negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016 membabitkan 11,852 lot dengan keluasan 35,995.96 hektar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori