Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

AirAsia Sedia Turunkan Tambang...

SEPANG - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi...

Omicron: Jangan Panik, Terus...

Kuala Lumpur : Kebanyakan kes yang membabitkan jangkitan Covid-19 varian Omicron dilaporkan di...

Mujahid Minta Maaf, Kereta...

PETALING JAYA - Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan gambar tersebar di...

KPDNKK Kerjasama Rela, APM...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dengan...

Ringgit Didagangkan Pada Tahap Semasa Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Ringgit berkemungkinan didagangkan pada tahap semasa antara 4.130 dan 4.150 berbanding dolar US minggu depan dengan sentimen pasaran kekal dipacu oleh perkembangan perdagangan global dan pergerakan pasaran baharu muncul, kata peniaga.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran akan berhati-hati memandangkan kebanyakan risiko yang timbul berhubung kemungkinan rundingan perdagangan Amerika Syarikat-China disasarkan untuk meningkatkan pergeseran perdagangan antara dua ekonomi berkenaan.

“Apa yang positif, Indeks Harga Pengguna AS yang tenang akan mengambil sedikit tekanan daripada mata wang tempatan memandangkan dolar US tidak akan meningkat dengan agresif. Secara keseluruhan, saya tidak menjangka penangguhan itu akan kekal.

“Saya melihat tindakan harga baru-baru ini sebagai peningkatan yang singkat berbanding wang baharu memasuki pasaran. Saya berpendapat, dolar US akan terus dibida dan menjangka 4.13 US dolar/ringgit akan memberikan sokongan yang kuat,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu ini yang pendek, di tengah-tengah pasaran yang lengang. Pasaran ditutup pada Selasa dan Selasa kerana cuti am.

Pasaran akan ditutup pada Isnin ini kerana cuti am gantian sempena Hari Malaysia.


Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat kepada 4.1370/1400 berbanding dolar US daripada 4.1435/1465.

Ringgit kebanyakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun pada 3.6997/6037 daripada 3.7406/7444 sebelumnya, tetapi rendah berbanding euro pada 4.8390/8446 daripada 4.8210/8257.

Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0208/0241 daripada 3.0139/0163 dan susut berbanding pound British kepada 5.4282/4338 daripada 5.3725/3768. – BERNAMA​​​

Kategori