Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kereta Klon: Penyerang Selangor...

PETALING JAYA - Penyerang utama Selangor, Francis Forkey Doe, didenda RM6,000 oleh Mahkamah...

Banjir Di Kelantan Kian...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah...

PAS Mahu Anjur Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan...

Kes Bayi Maut Ditikam:...

KEMAMAN: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan...

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar US pada pembukaan hari ini berikutan sokongan belian yang sederhana terhadap ringgit, kata seorang peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1900/1940 berbanding dolar US daripada 4.1930/1960 yang direkodkan pada penutup semalam.

“Dagangan dipacu oleh harga minyak semasa yang tinggi yang membantu meningkatkan ringgit, sementara dolar US susut berikutan data pekerjaan dan tempahan kilang yang lemah,” katanya.

Pada 9.15 pagi, penanda aras minyak mentah Brent direkodkan pada US$63.48 setong.

Ringgit juga didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.


Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0535 daripada 3.0519/0545 pada penutup semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7040/7079 daripada 3.7119/7149.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3531/3604 daripada 5.3582/3637 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7703/7757 daripada 4.7729/7784. – BERNAMA

Kategori