Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

China Desak Bebas Eksekutif...

CHINA mendesak Kanada dan Amerika Syarikat membebaskan Weng Wanzhou, ketua eksekutif kewangan gergasi...

Wanita Myanmar Nyaris Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita Myanmar yang menjual kuih di kaki lima sebuah...

1,220 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes positif Covid-19 empat angka dengan merekodkan...

Khairy Ajak Remaja Nilai...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengajak generasi belia menilai...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan permintaan yang lebih baik bagi unit tempatan itu susulan berita mengenai harga minyak global yang lebih tinggi dan unjuran mengenai dolar US yang kurang menggalakkan membantu meningkatkan sentimen kepada ringgit, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan naik kepada 4.1420/1470 berbanding dolar US daripada 4.1430/1460 pada Khamis.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata ringgit turut mendapat sokongan daripada jumlah perdagangan pada Julai yang mengatasi semua jangkaan berikutan harga minyak yang lebih tinggi kekal menjadi talian hayat ringgit dalam tempoh tidak menentu ini, meningkatkan dengan ketara terma perdagangan Malaysia.

Harga penanda aras minyak mentah Brent kini pada US$76.61 setong.

“Selain itu, unit tempatan mendapat rangsangan daripada peningkatan semula mata wang pasaran sedang pesat membangun (EM) dengan pautan paling lemah dalam rantaian mata wang EM mencatatkan sesi semalaman yang positif,” katanya kepada Bernama.


Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0124/0167 daripada 3.0116/0144 pada Khamis dan merosot berbanding yen kepada 3.7481/7536 daripada 3.7217/7254.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.8130/8201 daripada 4.8138/8189 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3531/3604 daripada 5.3569/3624. – BERNAMA

Kategori