Ringgit Dibuka Rendah Dalam Dagangan Awal

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini ekoran kurangnya momentum belian.

Pada 9.05 pagi, ringgit ditambat pada 4.0980/1020 berbanding dolar daripada 4.0900/0970 pada penutupan Isnin.

Pasaran ditutup selama dua hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Maybank Kim Eng Research berkata ringgit/dolar US mengalami kemerosotan beransur-ansur lebih 2.5 peratus sejak mencecah paras tertinggi pada 4.20 pada 28 November dengan persekitaran luaran yang agak lebih baik, berpotensi menyokong peningkatannya.

“Ini khususnya, keputusan Rizab Persekutuan yang tidak menaikkan kadar faedah, pertumbuhan global yang tidak naik atau turun (momentum pertumbuhan global yang perlahan namun tidak bertahan), inflasi global yang tidak berisiko melepasi kebanyakan objektif jangka sederhana kebanyakan bank pusat .

“Ini boleh mencadangkan kembalinya ‘mainan selamat’ yang boleh menyokong pertukaran asing yang lebih tinggi termasuk ringgit,” kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya hari ini.

Di samping itu, peningkatan harga minyak dan minyak sawit mampu memberi sokongan kepada ringgit, katanya.

Sementara itu, nota tempatan didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0210/0251 daripada 3.0227/0290 pada Isnin, namun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7326/7369 daripada 3.7216/7290 sebelumnya.

Berbanding pound British, unit tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2995/3051 daripada 5.3424/3531 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6570/6619 daripada 4.6814/6902. – BERNAMA

Loading...