Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tempoh Reman Isteri CEO...

PETALING JAYA – Tempoh reman isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan...

Op Khas Motosikal: JPJ...

KUANTAN - Sebanyak 243 notis membabitkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan...

Remaja Takut Tua Sanggup...

CALIFORNIA– Remaja ini, Chanel baru berusia 19 tahun namun ketakutan utamanya adalah menjadi...

Video: Myvi Gila Cilok...

AKSI pemanduan 'gila' seorang pemandu Myvi gemar memintas kenderaan lain telah menyebabkan beberapa...

Ringgit Akan Cecah Tahap Psikologi 4.0, Kata Othman Aziz

KUALA LUMPUR – Ringgit mempunyai ruang untuk meningkat berbanding tahap sekarang, memandangkan negara memiliki prinsip-prinsip asas yang kukuh termasuk harga minyak mentah yang stabil serta keluaran dalam negara kasar dan pertumbuhan eksport yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Wira Othman Aziz.

Beliau yakin ringgit akan melanggar tahap psikologi pada 4.0, semasa suku pertama tahun 2018.

Di pasaran pertukaran wang asing hari ini, ringgit telah didagangkan pada 4.0740 berbanding dolar US, lebih tinggi daripada 4.0750 yang direkodkan semalam.

“Ringgit mula mengukuh pada setiap hari. Nilai saksama seharus lebih baik dan mudah-mudahan menjelang akhir tahun dan pada suku pertama 2018, kita akan dapat melihat mata wang tempatan itu berprestasi lebih baik.

“Bagaimanapun, faktor-faktor luaran juga akan mempengaruhi pergerakan ringgit. Jika segala-galanya tidak berubah, contohnya kadar faedah AS, kita sewajarnya melihat ringgit yang lebih kukuh, tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita semasa Simposium Tahunan Ketiga mengenai Kewangan Islam di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Othman berkata SDG adalah konsisten dengan matlamat hasil Syariah, yang memberi tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan masyarakat, melalui pemeliharaan kekayaan, iman dan akal.


“Dalam konteks perniagaan kewangan Islam, pemeliharaan kekayaan adalah melangkaui makna literalnya, kerana ini termasuk galakan untuk menghasilkan, mengumpul dan mengagihkan kekayaan secara adil.

“Dengan semangat ini, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan ‘Kertas Strategi Pengantaraan berdasarkan Nilai untuk mempromosi pemerhatian Syariah yang lebih holistik, melangkaui pematuhan Syariah serta memperkukuhkan peranan dan kesan perbankan Islam ke arah ekosistem kewangan yang mampan,” katanya.

Sementara itu, Othman menggesa pihak-pihak berkepentingan untuk berusaha dan mencapai objektif SGD dalam usaha Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin hab kewangan Islam.

“Pihak kerajaan, melalui dasar-dasarnya telah menyediakan suatu struktur insentif bagi peneraju industri untuk mencapai matlamat berkenaan. Di sisi lain, penggiat industri juga dijangka dapat bekerja dengan penuh kejujuran tanpa menyalahgunakan sistem bagi memihak kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori