Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ikut Garis Panduan Atau...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak menyekat penganjuran sebarang karnival atau persembahan berbentuk...

Najib: Saya Akan Ambil...

SEMENYIH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat...

2 Rakan Lepas, Bebas...

KUALA LUMPUR - Dua rakan hari ini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen...

11 Fakta Isu Datin...

1. SEBUAH laman Facebook yang digunakan sebagai satu platform pemujaan Tun Mahathir Mohamad...

Ribut Pasir Landa Asia Barat

JEDDAH – Ribut pasir yang melanda sebahagian besar Asia Barat menyebabkan bandar raya ini gelap sama sekali pada jam 6 petang kelmarin.

Kejadian berlarutan selama 40 minit sehingga menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa ditangguh.

“Pesawat yang tiba terpaksa dialih ke lapangan terbang berhampiran sementara penerbangan yang hendak berlepas ditunda,” kata pegawai kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Menurutnya, tujuh penerbangan yang tiba dialihkan ke Madinah, Yanbu dan Taif.

“Ribut itu berlaku tiba-tiba. Saya dapat melihat dari balkoni kediaman saya ribut pasir itu seperti cendawan besar Saya menyangka ia asap.

“Saya tidak pernah melihat ribut pasir seburuk ini sepanjang hidup saya,” kata Sayia Haneef, penduduk di daerah Al-Sulaimaniya.


Ribut pasir itu sebelum ini melanda beberapa negara Asia Barat hingga menyebabkan dua orang terbunuh di Lubnan dan ratusan lagi berdepan masalah pernafasan.

Di Syria, kejadian itu menyebabkan jet pegebom dan helikopter kerajaan menangguhkan serangan terhadap kedudukan kumpulan penentang.

Antara paling teruk terjejas ialah pelarian Syria, khususnya di Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, dua wanita mati di hospital di Lembah Bekaa, kesan daripada ribut itu, tanpa menyatakan kerakyatan mereka. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori