Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kim K Jadi Sensasi...

SOSIALIT terkenal, Kim Kardashian West sekali lagi meraih perhatian penduduk dunia dengan gambar...

Persempadanan: Mahkamah Tolak Rayuan...

PUTRAJAYA - Kerajaan Selangor hari ini gagal untuk mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya...

Wanita Ditipu RM4,950 Oleh...

MIRI - Seorang wanita di sini kerugian RM4,950 pada Isnin lepas apabila ditipu...

Sistem Efisien Bantu Warga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengadakan kerjasama dengan Bangladesh bagi...

Ribut Kencang Di Utara India Ragut 47 Nyawa

NEW DELHI – Ribut kencang yang melanda utara India meragut se­kurang-kurangnya 47 nyawa, menjadikan angka korban akibat cuaca buruk sejak sebulan lalu meningkat kepada ratusan orang, kata beberapa pegawai kelmarin.

Ribut dan petir meruntuhkan dinding, menumbangkan tiang elektrik dan meng­akibatkan sejumlah mangsa ter­kena renjatan elektrik ketika suhu panas di India meningkat kepada 48.6 darjah Cel­sius.

Pegawai pengurusan bencana di nege­ri Uttar Pradesh, Bihar dan Jharkhand berkata, 47 orang meninggal dunia dalam ribut petir pada malam hari di rantau itu.

Bihar merupakan paling teruk terjejas apabila negeri itu dilanda angin kencang dan panahan petir.

“Sekurang-kurangnya 10 orang disahkan terkorban, 11 antara mereka dipanah petir,” kata pegawai pengurusan bencana, Bihar Yoginder Singh.

Cuaca tidak menentu turut membadai negeri Uttar Pradesh dengan angin kuat selaju 70 kilometer sejam melanda ne­geri berpenduduk paling padat di India itu.

“Seramai 15 orang maut akibat panahan petir dan angin kencang yang me­landa sepanjang malam,” kata pegawai pengurusan bencana Uttar Pradesh, T.P. Gupta.


Seramai 10 orang lagi cedera, sebahagian mereka melecur dipanah petir, tambahnya.

Ramai orang di pedalaman India tidur di luar rumah pada musim panas untuk mengelak hawa panas, menyebabkan me­reka berisiko kepada ribut petir.

Hampir 200 orang maut akibat ribut pasir pada bulan ini di Uttar Pradesh. Ramai lagi mangsa meninggal dunia di negeri-negeri lain. – AFP/Kosmo Online

Kategori