Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dipilih Anjur GOCA...

KUALA LUMPUR - Malaysia dipilih bagi menganjurkan Global Offset and Countertrade Association Asia...

Pengundi BN Di DUN...

SEREMBAN - Pengerusi Parti Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing berkata...

Harimau Muda Jangan Buat...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan...

Ketam Gergasi Tarik Perhatian...

TANJUNG PIANDANG (Perak) - Seorang nelayan tempatan terkejut setelah menemui seekor ketam...

Ribut Jangmi: Betul Ke Akan ‘Hentam’ Pantai Timur Esok?

PDC Global Hazards Atlas displaying 3 hour precipitation accumulations, Tropical Cyclone Positions and Segments, and Estimated Winds (TAOS Model) layers for Tropical Cyclone 23W (Janmmit) crossing the Philippines

KUALA LUMPUR – Bencana banjir besar yang masih melanda wilayah Pantai Timur sehingga kini menyebabkan rakyat Malaysia semakin berwaspada dengan segala maklumat terkini mengenai perubahan cuaca terutama penduduk di kawasan terjejas banjir.

Lucunya ada pula yang ‘terlebih pakar’ daripada agensi rasmi cuaca kebangsaan iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia apabila segera menyebarkan grafik kononnya ribut Jangmi akan melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor.

Terbaharu, semalam ramai pengguna laman sosial menerima berita ‘gempar’ memaklumkan ribut tropika itu yang sudah membadai Filipina sehingga membunuh 35 nyawa dan 26 orang parah selain ribuan terpaksa berpindah dijangka tiba di Semenanjung mulai esok.

Walhal berita asalnya, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel pada Selasa mengeluarkan kenyataan mengenai hujan lebat dan ribut petir diramal akan berterusan lagi sehingga 5 Januari depan di negeri-negeri yang sudah pun terjejas banjir.

Kebetulan pula, pada hari sama Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail mengeluarkan kenyataan ribut Jangmi kini berada kurang 600 kilometer dari Sabah serta sedang bergerak menuju ke negeri itu dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Jangmi image taken by Aqua
Imej satelit cuaca NASA yang menunjukkan corak pergerakan ribut Jangmi ketika membadai wilayah Filipina semalam.

Dua berita itu nampak macam ada kaitan kerana kebetulan bersumberkan dari Pusat Amaran Bersama Ribut (JTWC) berpusat di markas armada Lautan Pasifik tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Hawaii yang menjadi rujukan banyak negara maritim di dunia.

Tiada apa yang pelik jika kita menyemak semula berita asal malah beberapa portal berita arus perdana hari ini melaporkan ribut Jangmi atau juga disebut Seniang dalam bahasa Filipina dikesan semakin lemah sebaik bergerak memasuki perairan Laut China Selatan.

Data daripada JTWC juga menunjukkan Jangmi hanya akan menuju kawasan timur Sabah sebelum lemah, jauh berbeza daripada grafik disebarkan menerusi laman sosial kononnya ribut itu semakin membesar sebelum ‘menghentam’ Semenanjung Malaysia esok.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi berkata, ribut itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 60 kilometer sejam yang berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai dengan ombak setinggi hampir 5 meter di sebahagian besar Sabah, Sarawak dan Labuan.

Terbaharu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut menafikan dakwaan kononnya ribut Jangmi akan melanda negara ini - MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori