Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Maut Dihampap...

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan...

941 Kes Baharu Covid-19,...

PUTRAJAYA - Selepas hampir empat bulan kes harian COVID-19 dilaporkan empat angka, hari...

Perincikan Kaedah Terbaik Atasi...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan mengkaji dan memperincikan kaedah terbaik untuk menyelasaikan...

Dipenjara Kerana Rogol Isteri

Bali - Seorang lelaki dihukum penjara lima bulan oleh mahkamah di sini selepas...

Ribuan Penduduk Dipindah, Gunung Berapi Sinabung Meletus

JAKARTA – lebih 2,000 penduduk di daerah Karo di Sumatera Utara terpaksa dipindahkan ekoran Gunung Sinabung, gunung berapi yang aktif di wilayah itu, kini mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung itu.

Laporan itu memetik jurucakap Unit Geogologi sebagai berkata, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lepas.

Katanya, penduduk diminta mematuhi arahan untuk berpindah demi keselamatan mereka dan untuk sementara ini mereka akan ditempatkan di pusat perpindahan di wilayah Kabanjahe.


Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil dan mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa.

Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho dipetik sebagai berkata aktiviti vulkanik gunung itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori