Ribuan Bangsa Johor Banjiri Galleria Kota Raya

RIBUAN orang ramai membanjiri pusat beli belah Galleria Kota Raya di Johor Baharu sejak awal pagi tadi untuk membuat permohonan mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim.

Rakyat Johor terdiri dari pelbagai latar belakang sanggup mengambil cuti berpusu-pusu datang ke pusat beli belah berkenaan sehingga menyebabkan jalan sekitar pusat beli belah itu sesak teruk.

Majlis Pra Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor itu dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis pelancaran, kira-kira pada jam 5 petang tadi.

Ribuan Bangsa Johor Banjiri Galleria Kota Raya

Ribuan Bangsa Johor Banjiri Galleria Kota Raya

Difahamkan, projek perumahan ini merupakan hasil cetusan idea Sultan Ibrahim bagi membantu rakyat, terutamanya bangsa Johor yang masih belum memiliki rumah.

Ia dibangun di bawah naugan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil yang dirasakan bersesuaian.

Ribuan Bangsa Johor Banjiri Galleria Kota Raya

Ribuan Bangsa Johor Banjiri Galleria Kota Raya

Projek perumahan tersebut menjadi bualan hangat di media sosial berikutan rumah-rumah yang bakal ditawarkan bermula pada harga serendah RM80,000, sekali gus menjadikan orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui butiran lanjut.

Rumah mampu milik ini akan merangkumi pelbagai kategori harga dan jenis rumah dengan turut disediakan pelbagai kelengkapan rumah terutama peralatan elektrik.

Projek itu membabitkan lebih 1,800 unit di tiga lokasi bandar raya ini iaitu Bandar Dato Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana dengan harga antara RM80,000 hingga RM420,000. – MYNEWSHUB.CC

Loading...