Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kikis Persepsi Pertanian Kerjaya...

TUARAN - Rakyat Sabah perlu mengikis persepsi bahawa pertanian adalah kerjaya orang bawahan...

Polis Tidak Terima Notis...

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan tiada menerima sebarang notis permohonan berhubung penganjuran...

Indah Ruhaila Selamatkan Budak...

BARU-BARU ini penyanyi Indah Ruhaila telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun...

Jumlah Individu Hidap Penyakit...

PEKAN - Jumlah individu yang dikesan menghidap penyakit mental di Pahang dalam tempoh...

RFID Fasa Percubaan, Sedia Dilancar Januari Ini

KUALA LUMPUR – Penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG) bakal menemui orang ramai secara rasmi menjelang Januari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif TnG, Syahrunizam Samsudin berkata fasa percubaan yang telah dilancarkan pada 3 September lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Pendaftaran bagi fasa percubaan telah ditutup dan pendaftaran baharu akan dibuka semula pada​​​​​​ tahun hadapan selepas ia dilancarkan.

“Buat masa ini, kami sedang mengumpul maklum balas daripada pengguna yang telah mendaftar pada fasa percubaan dan akan memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul sebelum RFID digunakan di seluruh lebuh raya utama negara,” katanya kepada pemberita pada Hari Media RFID di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi TnG, Noor Farilla Abdullah.

Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkan­dung dalam satu pelekat yang ditampal pada sesebuah kende­raan dan akan menggantikan pera­nan peranti tag pintar (SmartTAG).


“Pelekat ini akan dihubungkan kepada aplikasi dompet elektronik atau e-wallet TnG yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memantau dan menambah nilai baki e-wallet mereka secara dalam talian,” tambah Syahrunizam.

Untuk maklumat lanjut berkenaan RFID, orang ramai boleh melayari laman web www.touchngo.com.my atau boleh menghubungi TnG Careline di talian 03-27148888. – BERNAMA

Kategori