Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terowong: Datuk Seri Dibebas...

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang direman bagi membantu siasatan berhubung...

Banjir Makin Buruk, 55...

KUCHING - Jabatan Pendidikan Sarawak melaporkan 55 sekolah ditutup dan tidak beroperasi hari...

K’jaan Pastikan Kaum India...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan masyarakat India Malaysia akan terus maju dan...

Transaksi Jual, Beli Banglo...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat alasan bodoh...

Revolusi Industri 4.0 Tidak Jejas Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA – Cabaran Revolusi Industri 4.0 tidak akan memberi implikasi terhadap aspek perjawatan penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata bilangan penjawat awam bakal bertambah seiring perubahan dan penambahan jenis-jenis tugas berikutan peredaran masa.

“Ini adalah perkara biasa dalam perkhidmatan awam sejak 1970-an iaitu ada perjawatan dijumud dan ada yang baharu diwujudkan.

“Malah, cabaran normal baharu atau revolusi industri ini mampu menterjemah perkhidmatan awam ke arah lebih baik dan ceria,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Khas Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Ketua Setiausaha Negara di sini, hari ini.

Wacana anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu dihadiri presidennya Datuk Azih Muda serta lebih 1,000 anggota kesatuan itu.

Ali berkata perkara itu dibangkitkan peserta wacana, yang setelah diberikan penerangan, semua anggota Cuepacs yang hadir sebulat suara menyatakan iltizam meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.


Selain itu, katanya, isu kenaikan gaji dan pangkat untuk golongan pelaksana turut dibangkitkan dalam wacana itu.

“Apa yang dipohon anggota Cuepacs ialah untuk mengurangkan tempoh kenaikan pangkat secara ‘time based’ 13 tahun ketika ini…kerajaan akan mempertimbang permohonan itu,” katanya.

Ali berkata sesi itu juga digunakan bagi memperjelas kedudukan ekonomi negara kepada para penjawat awam yang hadir dengan mereka menghargai pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan. – BERNAMA

Kategori