Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MP Segambut Dicabar Tidak...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dicabar supaya tidak masuk...

PM Jangka PRU15 Dalam...

BERA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)...

NADMA Berkemungkinan Perlu Distruktur...

KOTA BHARU : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa...

Tidak Mampu Pertahan Ummah...

PUTRAJAYA - Ketidakmampuan negara Islam mempertahankan ummah adalah satu faktor menyebabkan semakin banyak...

Representasi Lydiawati Ditolak, Bicara 23 Januari

KUALA LUMPUR – Pejabat Peguam Negara menolak representasi pelakon era 1990-an Lydiawati bagi mengkaji pertuduhan mencederakan seorang peniaga wanita warga Brunei, yang dihadapinya.

Berikutan itu Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menetapkan 23 dan 24 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes Lydiawati, 51, yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, di Hotel Safari 2, Lot 52, Jalan Mamanda 9, dekat sini, pukul 6.30 petang, 24 Mac lalu.

Majistret Haslinda A Raof menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memaklumkan representasi yang dikemukakan Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon pada 2 September lepas ditolak Pejabat Peguam Negara.

Lydiawati yang diwakili peguam Fatimah Zahrah Ramli didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.


Sebelum ini, pada 25 Mac lalu Lydiawati telah memuat naik dua video yang berdurasi 1.02 minit dan 1.29 minit yang memaparkan dia memukul seorang wanita di laman Facebook sehingga menjadi viral. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori