Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Larang Guna...

JEDDAH : Visa pelancong tidak membolehkan pemegangnya menunaikan haji atau umrah ketika musim...

Kematian Meningkat 5,200, Mangsa...

KATHMANDU – Jumlah kematian dalam gempa bumi 25 April di Nepal meningkat ke 5,020...

KJ Bergaya Ala-Ala Anak...

BIASA kita tengok menteri mesti serius je sepanjang masa kan? Semua mesti dah...

Sultan Nazrin Rasmi Kem...

PENGKALAN HULU - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kem Batalion 18...

Rentung Dalam Kebakaran Di Kota Sentosa

KUCHING – Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Batu Perak, Kota Sentosa, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam keadaan meniarap di bahagian dapur rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa ditemui selepas kebakaran berjaya dipadam kira-kira jam 12 tengah malam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.21 malam tadi.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang serta Tabuan dengan 18 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi pada jam 10.32 malam, didapati sebuah rumah kayu sudah terbakar sepenuhnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah malam,” katanya. – BH ONLINE

Kategori