Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Negeri Sembilan Kekal Pendahulu...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana selepas menang tipis...

Polis Cari Pemandu Myvi...

SHAH ALAM - Pihak polis sedang giat mencari seorang pemandu Perodua Myvi yang...

Pencuri Tabung Derma Ditahan...

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan...

Zika: PM Saran Semua...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati semua pihak...

Terima Hati Dari Penderma Tanpa Hubungan Keluarga

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya memulakan hidup baharunya selepas menerima hati daripada seorang penderma organ yang tidak dikenalinya, dan ia merupakan kes pertama yang berlaku di Singapura.

Lim Si Jia disahkan menghidap penyakit glikogen semasa berusia 8 tahun dimana genetik tubuhnya tidak mampu menghasilkan enzim yang diperlukan oleh badannya dan menyebabkan hatinya membengkak dengan teruk.

Jia perlu memakan makanan beranji yang sebelum dimasak seperti kanji jagung yang dicampurkan dengan air pada setiap malam sebelum tidur dan kanji tersebut akan bertindak sebagai bekalan glukosa dalam tubuhnya.

Walau bagaimanapun, jika kanji tersebut diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan ketumbuhan dan menjadi barah.

Pada Januari 2015, Peter Lim Kok Seng, 54, seorang lelaki yang tidak dikenali dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Jia bersetuju untuk mendermakan hatinya kepada Jia, pesakit yang paling memerlukan organ tersebut.


Peter Lim Kok Seng dan Lim Si Jia.
Peter Lim Kok Seng dan Lim Si Jia.

Selepas menjalani ujian, Lim Kok Seng disahkan merupakan penderma yang sesuai bagi mendermakan hatinya kepada Jia.

Jia berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati selama 10 jam pada 24 Mac lalu di Hospital Universiti Nasional, Singapura. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori