Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tutup Tirai… Anwar Gagal...

DRAMA biasa…apa lagi nak kata kecuali terus dan terus dakwa mahkamah tak betul.  Itulah...

BN Terus Gesa Kerajaan...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan terus menggesa kerajaan supaya melanjutkan moratorium...

Sultan Kedah Rasmi Masjid...

BALING - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat...

Trak Penyedut Najis Lebih...

INILAH punca mengapa anda perlu menutup tingkap kereta semasa memandu di jalan raya....

Remaja Lemas Di Air Terjun Chamang

KUANTAN – Kegembiraan sekumpulan remaja dari Klang, Selangor beriadah di Air Terjun Chamang, Bentong dekat sini bertukar tragedi apabila seorang rakan mereka lemas.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mayat mangsa Ismat Afiq Ishak, 21, pemandu van sekolah dari Kampung Delek Kanan, Klang ditemui pada 1.17 tengah hari tadi, sejauh 20 meter dari kawasan beliau dan 12 rakannya mandi.

“Bomba menerima laporan pada 11.46 pagi, dan mengikut keterangan rakan mangsa, terdapat tiga orang yang lemas namun dua daripadanya berjaya diselamatkan rakan mereka dan dihantar ke Hospital Bentong,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Anuar berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan lima anggota dari Balai Bomba Bentong dan 10 anggota bomba sukarela Perting.


Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori