Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tandas Tersumbat.. Lepas Tu,...

Masalah tandas tersumbat yang dialami satu keluarga di Kelantan rupa-rupanya membawa kepada penemuan...

Untunglah… Hospital Swasta Sponsor...

BERUNTUNG sungguh Rozita Che Wan, dah lah majlis perkahwinannya dengan Zain Saidin sebelum...

MUIP Kerjasama Dengan GiatMara...

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menjalinkan kerjasama...

MB Perak Tak Setuju...

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pendakwah terkenal...

Remaja Lelaki Maut, Basikal Ditunggang Dirempuh Hilux

LAHAD DATU – Seorang remaja lelaki maut selepas basikal ditunggang dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Damroad dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa Rohan Raymond,14, maut akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata kemalangan itu berlaku apabila pemandu wanita berusia 50 tahun itu cuba mengelak jalan yang rosak tetapi terlanggar belakang basikal ditunggang mangsa.

“Toyota Hilux itu dari Kampung Damai menuju ke bandar Lahad Datu, dan berada di lorong sama dengan mangsa.. Akibat pelanggaran mangsa tercampak ke lorong bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu di TAWAU, seorang remaja perempuan maut selepas motosikal dibonceng bersama ayahnya dilanggar Jip Nissan Navara di kawasan lampu isyarat Tanjung Batu di sini, pukul 12.50 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata mangsa Rina Tamrin, 16, disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau akibat retak tulang belakang leher, manakala ayahnya yang menunggang motosikal Tamrin Arip, 53, cedera parah di bahagian dada.


” Kemalangan itu berlaku ketika hujan lebat dan keadaan jalan gelap,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori