Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

80 Sekolah Tamil Akan...

SEREMBAN - Daripada 160 buah sekolah di seluruh negara yang mengalami masalah kekurangan...

Kerajaan Beri Sepenuh Sokongan...

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi sepenuh sokongan terhadap segala usaha membudayakan Al-Quran termasuk penganjuran...

Kerajaan Tampung Subsidi Tarif...

Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan...

Pengembala Jumpa Mayat Warga...

BATU PAHAT - Mayat wanita warga emas yang hilang selepas keluar ke kebun...

Remaja Lelaki Ditahan Sedang Curi Wayar Elektrik

KEPALA BATAS – Seorang remaja yang sedang mencuri wayar elektrik di sebuah rumah dalam pembinaan di Taman Sukaria, Butterworth dekat sini ditahan pemilik kediaman itu sebelum diserahkan kepada polis dalam kejadian awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira 3.17 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun berkenaan mendapat maklumat kediaman dua tingkat miliknya diceroboh seorang suspek.

“Pemilik itu terus pergi ke rumahnya dan mendapati terdapat seorang lelaki berusia 18 tahun sedang mencuri wayar elektrik yang terdapat dalam kediamannya, sebelum dia menahan suspek berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian menghubungi polis dan menyerahkan remaja berkenaan bersama wayar yang dicurinya serta peralatan yang digunakan untuk mencuri wayar kepada pihak berkuasa.

Katanya antara peralatan yang dirampas ialah sebilah pisau, sebilah pemotong besi, segulung wayar elektrik dan sebuah motosikal jenis Honda Ex5 yang digunakan remaja itu untuk ke rumah berkenaan.

Noorzainy berkata remaja yang merupakan penganggur itu mengalami kecederaan di bahagian tengah kepala telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan dan menerima jahitan di tempat luka tersebut.

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari rumah berkenaan ketika cuba melarikan diri dalam kejadian tersebut,” katanya yang menambah remaja itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai pengedar dadah dan merampas heroin bernilai RM2,044 dalam serbuan di Flat Bagan Sena, Butterworth dekat sini semalam.

“Dalam serbuan 11 malam itu, lelaki berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun gagal dan dia berjaya ditahan. Pemeriksaan kami menemukan lima paket plastik heroin seberat 115 gram bersamanya,” katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya lelaki yang positif dadah itu, dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket pengedaran sebelum menjual kepada pembeli sekitar kawasan Butterworth dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori