Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Intai Wanita Mandi,...

FLORIDA – Seorang lelaki yang suka mengintai wanita mandi, telah memecah masuk ke...

Bekas Pegawai Timbalan Menteri...

BEKAS pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman yang dipecat selepas...

Aliff Syukri Salahkan Netizen...

SEMALAM kita dikejutkan dengan beberapa kenyataan dimuat naik oleh pengasas terkenal, Datuk Seri...

Fazura Tumpang Gembira, Doakan...

JIKA ada yang masih ingat, aktres jelita Nur Fazura pernah mengejutkan industri hiburan...

Remaja Ditahan Terlibat Curi Tong Gas Memasak

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang remaja lelaki dan sedang mengesan rakannya kerana terlibat dalam kegiatan mencuri tong gas memasak di kedai makan sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.

Ketua Polis daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan remaja berusia 14 tahun itu di Bukit Mertajam kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Berdasarkan siasatan, remaja itu bersama rakannya seorang lelaki berusia 22 tahun terlibat dalam kegiatan mencuri tong gas memasak di kedai makan sejak beberapa bulan lepas.

“Mereka mencuri tong gas di kedai-kedai makan termasuk terbaru di dalam sebuah medan selera di sebuah politeknik di sini sebelum menjualnya kepada pembeli.

“Setiap tong gas itu dijual dengan harga RM50 dan ke atas bergantung pada saiz tong berkenaan ” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata susulan penahanan remaja yang sudah tidak bersekolah itu, polis merampas tiga buah tong gas dan sedang mengesan rakannya untuk siasatan lanjut selain mengesan pembeli tong gas berkenaan.


Remaja itu kini direman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan dua lelaki berusia 26 tahun kerana terlibat dalam kegiatan samun dan pecah rumah, dalam serbuan pukul 5 petang semalam di Sungai Jawi, Nibong Tebal dekat sini.

“Berdasarkan siasatan dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak awal tahun ini dan sasaran mereka adalah warga asing,” katanya.

Katanya dua lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut dan polis percaya mereka terlibat lebih 20 kes pecah rumah serta samun di SPT dan Seberang Perai Selatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori