Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operasi Mencari Mangsa Lemas...

KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar tingkatan dua yang dikhuatiri...

Kereta Lawan Arus Rempuh...

GEORGE TOWN - Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi penunggang cedera parah...

Ini Permulaan Mengakhiri Episod...

PUTRAJAYA - Selepas lebih setahun negara dilanda COVID-19, permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Bilangan Kes HIV Baharu...

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberitahu persidangan Dewan...

Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pulau Jambongan

KOTA KINABALU – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di laut Pulau Jambongan, Kampung Bahana, Pitas, semalam.

Ramli Zakaria, 18, dipercayai terjatuh ke laut semasa menghantar ikan dengan sebuah bot dari kampung Bangau di Paitan ke kampung Kanibongan dengan melalui kawasan kampung Bahana.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata laporan mengenai kehilangan mangsa diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Marudu pada 4 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan pada 6.16 petang dengan bantuan balai Polis Pitas dan operasi tertumpu di kawasan tempat mangsa terjatuh.


Katanya operasi dihentikan pada 7.20 malam tadi berikutan keadaan cuaca gelap dan bersambung 7 pagi hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori