Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

E-Dompet Ditingkatkan Ke RM150...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan golongan belia sebagai...

Kanak-Kanak 6 Tahun Rentung...

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun rentung dalam kebakaran melibatkan lima...

Dividen RM112.33j Kepada Pekebun...

TEMERLOH - Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak hari...

PAS Menang Dakwah Di...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan seluruh ahli dan penyokong parti itu supaya tidak...

Remaja Derita Kaki Membesar Di China

China – Seorang pemuda berusia 21 tahun terpaksa menderita selama bertahun-tahun selepas kaki kanannya membesar dengan panjang 43 cm dan tebal 14cm. Saiz kaki yang besar itu menyamaikan saiz kasut 29.

Lelaki itu, Liu Huichang kini terdesak untuk menghentikan pembesaran tapak kakinya itu dan berharap agar pembedahan yang dijalaninya mampu menukar hidupnya.

Dia yang bekerja di kilang pembungkusan telah menjalani tiga pembedahan setakat ini dan menolak cadangan doktor supaya memotong kaki yang membesar umpama kaki gajah itu.

Disebabkan kakinya membesar dua kali ganda daripada tapak kaki kirinya, Liu menghadapi kesukaran untuk berjalan.

kaki1

Malah dia juga terpaksa meminta bantuan neneknya untuk membuat kasut yang sesuai dengan kaki berkenaan.

Neneknya yang berusia 70 tahun itu menggunakan kanvas dan kemudian menjahit kasut berkenaan. Dia terpaksa berbuat demikian meskipun matanya kini sudah rabun.


“Saya sudah memakai 20 kasut dalam tempoh 16 tahun dan selain itu saya juga berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

“Mujurlah guru saya membantu saya mendapatkan pekerjaan di kilang pembungkusan ini,” katanya.

kaki2

Jelasnya, jika kakinya pulih, Lui berhajat untuk bermain bola keranjang.

Bagaimanapun doktor memaklumkan jika pembedahan itu berjaya, kaki Liu tidak akan sama semula dan apa yang diharapkan oleh doktor ialah kakinya akan kembali ke saiz normal.- Mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=gpkDZ-bUE0s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori