Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masalah Pati Di Esszone...

LAHAD DATU - Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah terutama di...

Selangor Ada Pegangan 30%...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus pegangan ke atas Syarikat Pengeluar...

Rusia Guna Kuasa Veto...

RUSIA menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghalang dan...

UMNO Perak Kecewa Noor...

IPOH - UMNO Perak kecewa dengan tindakan anggota Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor...

Rebut Peluang Bekal 40,000 Lembu Sado Menjelang 2020

KUALA TERENGGANU – Penternak lembu sado disaran merebut peluang menjadi pembekal daging lembu berkenaan bagi memenuhi sasaran permintaan 40,000 ekor lembu jenis itu menjelang tahun 2020.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan berkata, permintaan daging lembu sado kini amat tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa namun ketika ini hanya terdapat 22,000 lembu sado yang boleh membekalkan kira-kira 3,759 tan metrik daging atau memenuhi 23 peratus permintaan pasaran.

“Saya ingin tekankan di sini selain meningkatkan pendapatan penternak bidang ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan seperti terlibat dalam penjualan daging, jurusuntik bagi perkhidmatan permanian beradas di mana ketika ini sudah ada 125 orang yang boleh berkhidmat dalam bidang ini.

Selain itu di bidang menyediakan makanan serta bagaimana cara memotong daging untuk dipasarkan ke hotel-hotel dan sebagainya yang sebelum ini mereka (hotel) memperolehi dari luar negara seperti Australia dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Hab Pemadanan Lembu Sado negeri
Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Tan Sri Halim Mohamad. – BERNAMA

Kategori