Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Thien How Keluar BAM,...

PEMAIN beregu lelaki negara, Tan Boon Heong mengakui kecewa dengan tindakan yang dibuat...

Lan Pet Pet Mengamuk...

VIRAL menerusi laman sosial semalam sebuah video memaparkan pelakon dan pelawak Lan Pet...

Tisu Tandas Wajah Donald...

SUSULAN kenyataan anti Beijing yang dikeluarkan oleh calon presiden Donald Trump sebelum ini,...

Bekas Tentera Ditahan Larikan...

SHAH ALAM – Polis menahan lima individu termasuk seorang bekas pegawai tentera darat...

Real Madrid Kelab Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

LONDON — Real Madrid di Sepanyol kekal dinobatkan sebagai kelab bola sepak paling mahal dunia pada tahun ini malah, mampu mengalahkan kelab seteru tradisinya, Barcelona selain Manchester United dari Britain.

Meskipun banyak menghabiskan wang sebanyak 80 juta euro (RM323 juta) untuk mendapatkan khidmat James Rodriguez dari Colombia pada awal musim, isu itu langsung tidak menyusutkan nilai kekayaan Real Madrid.

Itulah harga paling besar dalam sejarah perpindahan pemain antarabangsa namun, Real Madrid kini berbangga apabila memiliki aset kekayaan pemain dengan nilai mencecah 2.13 bilion pound sterling (RM11.58 bilion).

Majalah perniagaan terkenal Forbes melaporkan, ini merupakan tahun ketiga berturut-turut pendahulu La Liga Espanyol itu diiktiraf kelab pemain termahal di dunia walaupun rekod nilainya jatuh 5 peratus berbanding 2014.

Menerusi senarai 20 kelab tersebut, Britain paling banyak iaitu lapan buah, diikuti Itali (empat), manakala Sepanyol dan Jerman berkongsi tiga buah, serta Perancis dan Turki masing-masing diwakili sebuah kelab.

Sementara itu, Barcelona berada rapat di bawah Real Madrid menerusi kekayaan pemain sebesar £2.07 bilion (RM11.25 bilion), disusuli Manchester United dengan £2.03 bilion (RM11.04 bilion). – Agensi/H.A.AMREE


Berikut 20 kelab bola sepak terkaya versi Forbes:

1. Real Madrid (Sepanyol) – £2.13 bilion (RM11.58 bilion)
2. Barcelona (Sepanyol) – £2.07 bilion (RM11.25 bilion)
3. Manchester United (Britain) – £2.03 bilion (RM11.04 bilion)
4. Bayern Muenchen (Jerman) – £1.54 bilion (RM8.37 bilion)
5. Manchester City (Britain) – £905 juta (RM4.92 bilion)
6. Chelsea (Britain) – £898 juta (RM4.88 bilion)
7. Arsenal (Britain) – £859 juta (RM4.67 bilion)
8. Liverpool (Britain) – £644 juta (RM3.5 bilion)
9. Juventus (Itali) – £549 juta (RM2.98 bilion)
10. AC Milan (Itali) – £508 juta (RM2.76 bilion)
11. Borussia Dortmund (Jerman) – £459 juta (RM616 juta)
12. Paris Saint-Germain (Perancis) – £416 juta (RM558 juta)
13. Tottenham Hotspur (Britain) £393 juta –  (RM527 juta)
14. Schalke 04 (Jerman) – £375 juta (RM503 juta)
15. Inter Milan (Itali) – £288 juta (RM386 juta)
16. Atletico Madrid (Sepanyol) – £286 juta (RM383 juta)
17. Napoli (Itali) – £231 juta (RM310 juta)
18. Newcastle (Britain) – £229 juta (RM307 juta)
19. West Ham (Britain) – £202 juta (RM271 juta)
20. Galatasaray (Turki) – £192 juta (RM257 juta)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori