Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Akhirnya.. Yusry, Lisa Surihani...

BERITA aktres kesayangan Malaysia, Lisa Surihani selamat melahirkan anak sulung nyata menggembirakan seluruh...

Belanjawan 2024: Cukai Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus ketimbang enam...

Operasi Kawalan Harga KPDNKK...

KUALA LUMPUR - Operasi pemantauan dan kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

Perogol 21 Kucing Dicekup...

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor...

Rasuah: Pegawai JAIS Diperintah Membela Diri

SHAH ALAM – Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diperintah membela diri atas sembilan pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM32,856 dalam pemberian projek kepada dua syarikat milik abang dan adik kandungnya, dua tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pendakwaan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail yang dapat membuktikan kes prima facie terhadap Hairul Nizan Mhd Idris, 37.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.

Mahkamah Sesyen kemudian menetapkan 6 dan 7 Jun ini untuk tertuduh, yang diwakili peguam Hamidi Mohd Noh, membela diri.

Hamidi turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya bercadang memanggil 10 saksi bagi memberi keterangan manakala anak guamnya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Mengikut pertuduhan, Hairul Nizan yang merupakan pegawai dakwah Gred S41, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan tersebut dengan mengemukakan permohonan dan syor bagi pembekalan oleh Syarikat Prisma Jaya Kini Resources dan Syarikat Prima Maju Trading, yang kedua-dua syarikat itu dimiliki abang dan adik kandungnya.

Permohonan dan syor pembekalan itu membabitkan sembilan projek iaitu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Langat; Seminar Isu-isu Doktrinisasi Penyelewengan Dakyah Sesat Daerah Hulu Langat; Program Bengkel Interaktif (Retreat Keluarga) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Kursus Pengurusan Jenazah Surau Raudhatul Jannah Bandar Sunway.


Ia turut melibatkan Seminar Memperkasakan Ummah; Seminar Integriti ‘Membina Modal Insan’; Program Sayangi Hidup elak Derita Selamanya (SHIELDS); Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Langat; dan Perkhidmatan Mereka Bentuk serta Membekal Hadiah Cenderahati bagi Program Unit Dakwah Daerah Hulu Langat.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat antara 1 Februari 2016 dan 25 Oktober 2016.

Hairul Nizan didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori