Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tuduhan Pembangkang Mengenai KWSP...

SAYA terkejut dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga pemimpin pembangkang iaitu, Dr. Dzulkefly...

Operasi Kawalan Harga KPDNKK...

KUALA LUMPUR - Operasi pemantauan dan kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

Hanya Kerana Nak Basikal,...

JAKARTA - Hadiahnya hanyalah 10 buah basikal namun sambutan amat luar biasa apabila...

Thai Cekup Lanun IT...

BANGKOK – Pengasas bersama laman web perkongsian fail ternama, The Pirate Bay, Fredrik...

Rasuah: Koperal Polis Direman Tiga Hari

SHAH ALAM – Seorang koperal polis direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan wang berjumlah RM10,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Shah Alam, Khairul Nizam Abu Bakar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Semalam, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada pukul 4 petang di pejabat SPRM Selangor di sini, ketika hadir memberi keterangan.

Anggota polis yang bertugas di Klang itu didakwa telah meminta dan menerima wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah. – BERNAMA

Kategori