Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JAIPs Susun Atur Penarafan...

PADANG BESAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) sedang meyusun...

6 Jam Selamatkan Gajah...

KUANTAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengambil masa...

Lebih 500 Ribu Mangsa...

KUALA LUMPUR - Lebih 500,000 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan pelbagai pelaburan haram di...

Najib, 6 Bekas Presiden...

KUALA LUMPUR - Dengan kecanggihan teknologi hologram 3D, enam bekas presiden UMNO ditampilkan...

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Lulus

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 di peringkat dasar bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 sebanyak RM3.08 bilion.

Rang undang-undang berkenaan seterusnya akan dibahas di peringkat jawatankuasa.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata perbelanjaan tambahan tersebut bagaimanapun tidak akan menjejaskan defisit fiskal 3.1 peratus negara.

“Perbelanjaan tambahan ini telah diambil kira dalam kita melaporkan defisit negara untuk Bajet 2016,” katanya ketika menggulung rang undang-undang itu.

Rang undang-undang itu dibaca untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa lepas.

Sebahagian besar perbelanjaan itu diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2,248,437,560, diikuti Kementerian Pendidikan (RM297,960,000), Kementerian Pengangkutan (RM215,709,466), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (RM128,000,000), Kementerian Kesihatan (RM104,400,000) dan Kementerian Luar (RM24,126,000).


Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan perbelanjaan sebanyak RM62,780,000.

Dalam pada itu, Johari menjelaskan perbelanjaan tambahan untuk SPR bukan bertujuan untuk projek persempadanan semula seperti didakwa sesetengah pihak.

“Ia tidak digunakan untuk proses itu tetapi digunakan sepenuhnya bagi melaksanakan tiga pilihan raya iaitu Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Kategori