Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Saya Perlu Pertahankan Hak...

PELAKON kelahiran Singapura Harris Baba memberitahu dirinya berasa kurang selesa dengan sikap pengguna...

2,400 Panggilan Kecemasan Kebakaran...

TAPAH, 23 Jun (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak...

Pemandu Kereta Maut Dalam...

KUCHING - Seorang pemandu lelaki maut selepas kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah...

Sistem Kesihatan Primer Berdaya...

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 memberi iktibar penting supaya persediaan, pencegahan, pengesanan dan...

Rancangan Culik Berskala Besar Abu Sayyaf Gagal

LAHAD DATU – Rancangan untuk menculik warga asing secara besar-besaran dari pusat peranginan pulau pelancongan di Sabah dan bahagian tengah Filipina telah digagalkan susulan kematian pemimpin Abu Sayyaf, Muamar Askali @ Abu Rami di Bohol dan tindakan 11 orang sub-pemimpin yang menyerah diri di Tawi Tawi.

Bagaimanapun, ancaman masih wujud dan pasukan keselamatan kedua-dua negara kekal berjaga-jaga.

Menurut sumber perisikan Filipina dan Malaysia, pemimpin Abu Sayyaf telah merangka pelan untuk menculik pelancong Caucasian dari pulau-pulau di Sabah berhampiran selatan Filipina sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka mahu menculik puluhan orang pelancong bukan sahaja untuk wang, tetapi juga sebagai perisai manusia bagi menghentikan serangan ketenteraan yang berterusan terhadap mereka di kubu kuat mereka di pulau Jolo,” menurut sumber perisikan.

Laporan perisikan bertarikh pertengahan bulan Februari dan dilihat oleh The Star menunjukkan puluhan lelaki bersenjata Abu Sayyaf telah menaiki tujuh bot laju meninggalkan Patikul di Jolo dan tiba di pulau Cagayan Sulu di Tawi Tawi, selatan Filipina, yang terletak hanya beberapa minit dari perairan Sandakan di Sabah.

Kumpulan lelaki bersenjata itu adalah dari tiga kumpulan kecil pimpinan Abu Sayyaf yang masing-masing dipimpin oleh Al Habsi Misaya, Salip Mura dan Hatib Sawadjaan @ Salihin Sawadjaan.

Mereka dilengkapi pelbagai senjata termasuk 76 laras senapang dan pelancar bom tangan.

Laporan itu menyatakan bahawa antara kawasan sasaran mereka adalah Pulau Selingan yang terkenal dengan penyu, ternakan ikan di perairan Sandakan dan Pulau Lankayan di perairan Beluran di pantai timur Sabah.

Cagayan Sulu berjarak kira-kira 30 minit dengan menaiki bot laju berkuasa tinggi yang digunakan kumpulan Abu Sayyaf. Ia juga berjarak kira-kira 90 minit ke Jolo, di mana tebusan biasanya ditahan.

“Difahamkan oleh beberapa sumber, Al Habsi adalah dalang rancangan serangan itu di mana dia mahu melakukan penculikan pelancong berskala besar dari pantai timur Sabah,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, rancangan itu telah digagalkan apabila pasukan keselamatan Malaysia telah dimaklumkan tentang kehadiran mereka dalam rantaian pulau Tawi Tawi serta rancangan penculikan tersebut.


“Pasukan keselamatan kami mengawal semua pintu masuk sepanjang Laut Sulu. Semua pos barisan hadapan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia untuk bertindak balas,” kata sumber perisikan.

Sumber itu berkata, selepas gagal memasuki perairan Sabah, kumpulan bersenjata Abu Sayyaf menyerang sebuah kapal kargo Vietnam, MV Giang Hai yang belayar dari Makassar, Indonesia ke Filipina. Mereka menangkap enam anak kapal dan membunuh seorang lelaki pada 17 Februari.

Kumpulan lelaki bersenjata itu juga membuat beberapa serbuan lain, termasuk serangan ke atas sekurang-kurangnya dua bot nelayan berhampiran perairan Sabah.

Filipina juga telah meletakkan Unit Tindakan Khas ketenteraan di setiap pulau di sepanjang Tawi Tawi, Jolo dan Basilan untuk menghalang kumpulan lelaki bersenjata daripada keluar dari kubu kuat mereka, yang berada di bawah kawalan ketat.

Abu Rami, bagaimanapun, berjaya menyelinap keluar dari Jolo pada 6 April bersama kumpulannya. Mereka pergi ke Bohol di tengah Filipina untuk bersembunyi dan melancarkan penculikan di pulau-pulau pelancongan di sekitar pulau-pulau Visayas.

Pemimpin Abu Sayyaf itu telah terbunuh bersama lima anggotanya dalam pertempuran pada 10 April.

Keesokan harinya, 11 lelaki bersenjata telah menyerah kalah di Pulau Tawi-Tawi dan laporan yang muncul menyatakan bahawa pemimpin tertinggi Abu Sayyaf, Radulan Sahiron, juga mahu menyerah diri.

11 lelaki bersenjata itu dari yang berpangkalan di Tawi Tawi telah menimbulkan ‘kekacauan’ di dalam perairan Sabah sejak akhir 2013 dan merupakan pembekal utama mangsa culik untuk Al Habsi, Abu Rami dan sub-komander lain di Jolo, kata sumber. – mStar Online/The Star Online

Kategori