Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wisma Putra Usaha Bawa...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar dan lain-lain agensi kerajaan akan terus mengguna segala peluang...

SPRM Akan Panggil Pengurusan...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi termasuk...

Bukan Di Pandan, Tunggu...

BANDAR BAHARU – Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan...

Kerajaan Beri Sinar Kepada...

GEORGE TOWN - Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang...

Ramlee Minta Rakyat Sabah Raikan Hari Kebangsaan

SEMPORNA – Rakyat Sabah perlu mengekalkan kebersamaan dalam meraikan Hari Kebangsaan negara di sebalik sentimen sesetengah rakyat negeri ini yang menyifatkan sambutan itu tidak mempunyai kaitan dengan Sabah.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata rakyat perlu melihat daripada perspektif meluas mengenai kemerdekaan yang dikecapi Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung Malaysia.

“Kita sebagai rakyat Malaysia adalah satu, kita seharusnya menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan usaha pemimpin terdahulu dalam memerdekakan negara,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif 167 pelajar Semporna yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan 10 sekolah yang cemerlang pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Menurutnya Hari Kebangsaan harus diraikan bersama oleh seluruh lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama ataupun fahaman politik.


“Kita seharusnya bangga dengan pencapaian negara dan terus menyokong usaha-usaha kerajaan untuk mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian negara.
“Jangan terikut-ikut atau terpengaruh dengan propaganda pihak-pihak tertentu yang sengaja bermain dengan isu-isu perkauman, kenegeriaan dan keagamaan,” katanya.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya turut menggalakkan masyarakat untuk menunjukkan semangat patriotisme dan cinta negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Sementara itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah menggesa ibu bapa supaya memberikan komitmen sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak mereka dan bukan bergantung sepenuhnya kepada warga pendidik. -BERNAMA

Kategori