Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelan Lanskap Strategik Ubah...

SEREMBAN - Pelan Strategik Landskap 2017-2027 yang dilancarkan hari ini akan menjadi garis...

PBSNT Bersedia Dipilih Lokasi...

KUALA NERUS - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedia memberi kerjasama sekiranya...

Kucing Disahkan Positif Covid-19...

DUA kucing disahkan positif wabak Covid-19 sekali gus menjadi haiwan peliharaan pertama dijangkiti di...

Agong Kurnia 143 Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Ramlan Terima Surat Pelantikan KSU Kementerian Luar

PUTRAJAYA – Datuk Ramlan Ibrahim menerima surat pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam.

Pelantikan Ramlan, 59, berkuat kuasa 1 Januari.

Beliau mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Othman Hashim yang telah tamat kontrak perkhidmatan.

Menurut Wisma Putra, Ramlan memulakan karier sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik mulai 1983 dan antara negara beliau pernah berkhidmat sebagai duta ialah Indonesia, Belanda, Croatia dan Singapura.

Jawatan duta pertama beliau ialah ke Bosnia Herzegovina dari tahun 2004 hingga 2006.

Ramlan kemudian kembali ke ibu pejabat untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Amerika dan kemudian Setiausaha Bahagian Asia Tenggara.

Beliau seterusnya berkhidmat sebagai duta ke Republik Korea dari tahun 2009 hingga 2013.


Beliau sekali lagi kembali ke ibu pejabat untuk berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Hubungan Dua hala dari 2013 hingga 2015.

Pada April 2015, Ramlan dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

“Beliau berjaya mewakili Malaysia semasa negara menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sehingga penggal berakhir pada 2016,” kata Wisma Putra.

Kemuncak kejayaan beliau sebagai wakil tetap ke PBB ialah penerimaan Resolusi Majlis Keselamatan 2334 (2016) pada 23 Disember berhubung keadaan di Timur Tengah termasuk isu rakyat Palestin yang membawa langkah besar ke arah kemajuan.

Resolusi tersebut dikemukakan oleh Malaysia dan tiga negara anggota tidak tetap yang lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori