Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kereta Dirempuh Kereta Api...

KOTA KINABALU - Dua lelaki cedera parah apabila kenderaan yang mereka dinaiki dirempuh...

UMNO Terbukti Lebih Baik...

Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan dasar diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini...

Qatar Dituntut Selesaikan 13...

WASHINGTON – Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain yang memutuskan hubungan diplomatik...

Tindakan Zahid Serah Tanggungjawab...

KUANTAN - Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Timbalan Presiden...

Ramdan, Chi Wing Bakal Berentap Tentukan Juara

IPOH – Juara Kejohanan Badminton Kebangsaan bakal ditentukan esok antara Misbun Ramdan Misbun (Selangor) dan Lim Chi Wing dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Dewan Seri Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Azlan Shah Ulu Kinta di sini.

Chi Wing yang juga juara bertahan terpaksa bekerja keras untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir dengan mengalahkan Liew Daren (Kuala Lumpur) dalam aksi penuh dramatik selama satu jam 25 minit.

Pada set penentu, Daren terpaksa akur dengan keputusan 17-21, 21-11, 30-29 walaupun pada suatu ketika beliau telah mendahului dengan kedudukan 17-10.

Walaupun tewas, Daren menegaskan beliau tidak kecewa sebaliknya menganggap kekalahan itu hanya disebabkan kurang bernasib baik.

“Saya tidak marah atau kecewa saya anggap nasib saya kurang baik sahaja dan saya akan terus mencuba dapatkan ‘title’ juara kebangsaan tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam ini.

Bagi Chi Wing pula, selepas berjaya menewaskan pIihan utama, beliau mahu memastikan gelaran juara yang disandangnya tidak terlepas ke tangan orang lain.


Dalam pada itu, Misbun Ramdan memberitahu, beliau tidak meletakkan sebarang tekanan kepada dirinya menjelang pertembungan esok, sebaliknya akan menikmati perlawanan dan bermain sebaiknya.

“Sasaran saya hanya untuk melepasi peringkat kelayakan tetapi Alhamdulillah saya berjaya sampai ke tahap ini, jadi saya akan ikut apa nasihat ayah nikmati perlawanan dan bermain yang terbaik,” katanya.

Pada perlawanan separuh akhir, juara kebangsaan 2012 itu mengalahkan Chong Yee Han (BAM) 21-9, 27-29, 21-11. – BERNAMA

Kategori