Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Semua Pendaki Gunung Brik...

BAU - Kesemua 30 pendaki yang dilaporkan hilang di Gunung Brik, Kampung Tringus,...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di...

Tweet Kongsi Lubang Isteri...

STATUS laman mikro Twitter seorang wanita yang berbunyi, "Kalau wanita sanggup berkongsi batang...

GST, Kembalikan Subsidi Minyak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

‘Rambo’ Didakwa Maki, Halang Tugas Polis Di Stadium

SHAH ALAM – Seorang penyokong bola sepak Selangor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menghalang tugas pihak polis dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan keselamatan itu di Stadium Shah Alam, awal bulan ini.

Alfadli Awaludin, 34, atau lebih dikenali sebagai ‘Rambo’ bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Alfadli, seorang peniaga, didakwa melakukan kesalahan itu semasa perlawanan Liga Super antara Selangor dan Pahang yang berkesudahan dengan Pahang menang 1-0.

Lelaki itu didakwa sengaja menghalang sepasukan anggota polis diketuai oleh ASP Mohd Nazri Mohd Ismail daripada menjalankan tugas mereka di pintu masuk A, Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini, kira-kira 8.45 malam pada 10 September lepas.

Kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Alfadli juga didakwa sengaja mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan keselamatan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.


Raja Noor Adilla membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Wee Li sementara Alfadli diwakili peguam Hafiz Razman. Alfadli, yang juga pemimpin kumpulan ‘Ultras Malaya’, sebelum ini pernah ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan bola sepak semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan oleh pengadil, Liu Kwok Man dari Hong Kong yang berbaki dua minit perlawanan disebabkan insiden tersebut. Ketika itu Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori