Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nadir Bumi Berlion-Lion Harapan...

CERITA tentang nadir bumi (REE) anugerah Tuhan di Kedah dianggarkan bernilai RM62 bilion...

MKD Tak Ambil Alih...

PUTRAJAYA - Pihak Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) tidak akan mengambil alih hutang-hutang 1Malaysia...

Ayda Jebat Rimas Dengan...

GOSIP percintaan pelakon jelita, Ayda Jebat masih lagi menjadi tanda tanya dan bualan...

Modric Julang Anugerah Ballon...

PARIS - Bintang tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric dinobat pemenang anugerah...

Ramai Masih Ingkar Larangan Merokok Di Tempat Awam

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan larangan merokok di taman awam dan taman permainan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Rabu lalu masih gagal dipatuhi.

Sama ada rakyat tempatan atau warga asing, masih ramai kelihatan merokok di tempat awam, termasuk kawasan Rawat dan Rehat (R&R).

Tinjauan The Star mendapati, taman KLCC misalnya masih dipenuhi dengan orang ramai yang merokok walaupun larangan itu telah beberapa hari dikuatkuasakan.

Pengurus syarikat minyak dan gas, Mohd Affendi Afnan berkata, beliau tidak maklum mengenai peraturan itu, malah berpendapat merokok di taman tidak membawa sebarang masalah.

Malahan, katanya, terdapat tong sampah dengan bekas membuang putung rokok di sekitar taman itu.

“Saya merokok di sini sekejap sebelum memulakan kerja,” kata lelaki berusia 36 tahun itu.

Peraturan Kawalan Produk Tembakau (Pindaan) 2017 yang diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mengikut Akta Makanan pada 17 Januari lalu telah diwartakan pada 24 Januari.

Seorang lagi perokok, Lim S.K pula mengakui beliau tahu mengenai peraturan itu.

“Saya baru selesai makan tengahari apabila nampak ramai yang merokok di sini, jadi saya anggap tidak jadi masalah untuk merokok juga,” katanya.


Beliau menggesa pihak berkuasa supaya meletakkan papan tanda di kawasan yang diwartakan larangan merokok supaya orang ramai lebih maklum.

“Bagaimana nak kenal pasti kawasan di mana merokok adalah dibenarkan.

“Dalam isu ini, perlu wujudkan kesedaran, bukannya terus kuatkuasakan peraturan,” katanya.

Seorang pelancong Timur Tengah yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Rashid, 26 berkata beliau tidak tahu mengenai peraturan larangan merokok di tempat awam itu.

“Maaf, saya tidak tahun mengenainya,” katanya.

Situasi sama dilihat berlaku di R&R Sungai Buloh apabila pengguna jalan raya dilihat merokok di kawasan terbuka itu. – mStar Online

Kategori