Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengguna ‘Naik Angin’ Topup...

Akibat penambahan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada pembelian kad tambah nilai...

Lebih 600 Graduan UPSI...

TANJUNG MALIM - Sebanyak 646 graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Pendidikan Sultan Idris...

2 Lagi Kes Baharu...

DUA lagi kes positif Covid-19 dikesan dalam kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Novgorod,...

200 Jemaah Umrah Bingung,...

NILAI - Kira-kira 200 jemaah yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah, semalam, terkandas...

Ramai Kembali Ke Ibu Kota, Petrol Habis Di Sesetengah Stesen Minyak

Kepulangan ramai ke tempat tinggal masing-masing setelah beraya di kampung telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap barangan dan juga petrol di sepanjang perjalanan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beberapa pengguna jalan raya berkongsi di Twitter berkenaan pengalaman mereka berdepan kekurangan petrol di stesen minyak.

Ada stesen yang mengenakan had bagi pembelian minyak RON95 manakala di sesetengah stesen lain, hanya minyak RON97 yang masih ada.

“Minyak habis di stesen pertama. Di stesen kedua, pekerja hanya benarkan isi maksimum RM30.

“Banyak stesen kehabisan minyak,” menurut seorang pengguna Twitter.

Dia berkata demikian ketika membalas ciapan seorang lagi pengguna yang berkata stesen minyak di sepanjang jalan dari Besut ke Kuantan kehabisan petrol.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi yang lori tangki minyak juga tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Ni apa kes Pantai Timur tak ada minyak?!! Dari Besut sampai Kuantan. Kereta banyak sadai pic.twitter.com/2GWUypxyeV

— Shasya Edora 🇲🇾🌺 (@shasyaedora) May 6, 2022
Sementara itu, Astro Awani melaporkan kira-kira 200 kenderaan terkandas di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana, Setiu yang kehabisan petrol.

Laporan itu memetik pengurus stesen sebagai berkata, lori tangki minyak berdepan kesesakan jalan raya untuk sampai ke stesen itu.


Banyak rungutan berkenaan kekurangan petrol adalah di kawasan pantai timur.

Menurut harga minyak yang ditetapkan secara mingguan, RON95 berharga RM2.05 seliter manakala RON97 RM3.94 seliter.

Pengguna juga memaklumkan mesin ATM di sepanjang perjalanan kekurangan wang manakala kedai makanan juga berdepan kekurangan bekalan.

Terdahulu, Bernama melaporkan kesesakan teruk berlaku di beberapa lebuh raya utama menujuk Lembah Klang, dengan ramai penduduk mula pulang dari kampung halaman masing-masing.

Sebelum balik Shah Alam dari Kemaman semalam, nak isi minyak kat Petron. Surprisingly RON95 habis stok. First time berlaku dalam hidup.

RON95 pn boleh habis stok, macam mana lah orang Singapore nak tertarik untuk datang bercuti di Pantai Timur camnih. 😆 https://t.co/VOlG8WEo2A

— Muhammad Hanif (@MHanifMNassir) May 7, 2022
Dsyatnya mmg petron problem eh, smalam pegi petron penang, minyak habis jugak https://t.co/PhZIobjvBD

— D (@winn3risg) May 7, 2022
Gilo gilo ujian balik raya tahun ni🙂 jalan jem nak mampos. Pam minyak sampai habis minyak. Masa nak gerak balik jb kereta pulak tetiba problemm.

— lalisa terkoban (@izzatyysahkrii) May 7, 2022

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori