Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Disaran Perbaiki...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang disaran membaiki rumah usang di bandar...

‘Fashion Show’ Produk Golongan...

JAKARTA - "Berikan kail, dan bukannya ikan", itulah falsafah Badan Amil Zakat Nasional...

Ketua Menteri Melaka Saksi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka Datuk...

2 Ditahan, 100 Kg...

Georgetown - Dua lelaki warga tempatan berusia 58 dan 31 tahun ditahan Agensi...

Ramai Ibu Bapa Tak Ambil Berat Keselamatan Bayi

ALOR SETAR – Tahap kesedaran terhadap penggunaan kerusi keselamatan bayi dan tali pinggang keledar kanak-kanak dalam kenderaan di kalangan ibu bapa di Kedah masih rendah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Kei Hong berkata pemerhatian daripada pihaknya mendapati masih ramai ibu bapa yang tidak memasang kerusi keselamatan bayi bagi yang berumur bawah empat tahun.

“Banyak kemalangan yang berlaku melibatkan kematian bayi atau kanak-kanak yang mana antaranya berpunca daripada tidak menggunakan kerusi keselamatan bayi dan tali pinggang keledar. Tulang mereka ini masih rapuh, sedikit hentakan sahaja boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.

“Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dari kecil tentang kepentingan memakai tali pinggang keledar dan jika mereka menangis kerana tidak mahu menggunakannya biarkan sahaja. Lebih baik mereka menangis sekarang daripada ibu bapa menangis kemudian hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan penyerahan 200 bekas bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di hadapan Stadium Darul Aman dengan kerjasama Hotel Tabung Haji.


Dalam pada itu, Chan mengingatkan pengguna jalan raya terutamanya yang mempunyai anak kecil untuk meletakkan anak di dalam kerusi keselamatan bayi dan memasang tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini.

“Sebelum bertolak pulang ke kampung pastikan keselamatan anak-anak terjaga sama ada yang menaiki kereta mahupun motosikal,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori