Ramadan: Waktu Urusan Kaunter DBKL Dipendekkan

KUALA LUMPUR – Waktu operasi kaunter bayaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Menara DBKL 1, Menara DBKL 2 dan kaunter pandu bayar di Jalan Raja Laut, di sini dipendekkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Fadzilah Abd Rashid berkata kaunter-kaunter berkenaan akan dibuka bermula 7.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Perubahan waktu yang bermula sejak 17 Mei lalu sehingga 15 Jun ini bertujuan memudahkan orang awam serta petugas membuat persediaan berbuka puasa, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – BERNAMA

Loading...