Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Menjana RM81,383...

Dengan hanya menyeret beg bertayar serta menggunakan kenderaan awam seperti teksi dan perkidmatan...

Liwat Pelajar Tahfiz, Warden...

KANGAR - Seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan...

Amy (Search) Gembira Perubahan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Amy (Search) menjelaskan hubungan dia dengan anaknya, pelakon Nabila...

Conte Mahu Lupakan ‘Perang...

ANTONIO Conte cuba melupakan perang mulut dengan pengurus Manchester United. Pengurus Chelsea dan Mourinho...

Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi

SIBU – Rakyat Sarawak mahu berdiri sama tinggi dengan rakan mereka di Semenanjung daripada segi pembangunan ekonomi, kata Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata ini adalah harapan dan aspirasi pemimpin pengasas apabila mereka menandatangani Perjanjian Malaysia pada 1963.

“Ia juga adalah harapan semua rakyat Sarawak semalam, hari ini dan esok,” kata beliau pada sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di Dataran Bandar Sibu Sabtu malam.

Beliau percaya implikasi yang lebih besar ialah penduduk di Sarawak dan Sabah tidak mahu mengambil mudah bukan sahaja daripada segi sejarah tetapi juga ekonomi dan politik.

“Kita percaya Malaysia boleh menjadi negara yang lebih kuat jika rakyat di Sarawak berdiri sama tinggi dengan rakyat di Semenanjung yang terpisah oleh Laut China Selatan.


“Rasa tidak puas hati hanya akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia,” kata beliau lagi. – BERNAMA

Kategori