Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lionel Richie Mahu Miliki...

Lionel Richie telah bergurau bahawa dia telah menghubungi peguamnya selepas album penyanyi Adele...

“Kami Rela Mati Dirempuh...

GUA MUSANG - “Kami beramai-ramai rela mati dirempuh lori balak demi mempertahankan hak...

134,000 Orang Kunjungi MSAM...

IPOH - Seramai 134,000 orang mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 di...

Eksekutif Muda PCSB Ditahan,...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan sudah menahan sembilan individu...

Malaysia Tak Terjejas Larangan Perjalanan Oleh Trump 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia tidak terjejas larangan perjalanan oleh Presiden Donald Trump, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini mengesahkan.

“Perintah Eksekutif kekal sebagaimana dikeluarkan minggu lepas dan Malaysia tidak berada dalam senarai negara-negara yang terjejas ekoran Perintah Eksekutif itu.

“Warga Malaysia boleh terus melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat menggunakan visa yang sah,” kata jurucakap kedutaan kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kerajaan AS komited untuk memudahkan perjalanan secarav sah bagi pelawat antarabangsa di samping menjamin keselamatan sempadan AS.

“Penggantungan ini yang diperuntukkan dalam Perintah Eksekutif membolehkan kerajaan AS mengkaji semula prosedur pemeriksaan sedia ada dan pada masa melindungi keselamatan negara,” kata beliau.


Sebuah portal tempatan hari ini memetik tweet dari wartawan Mic.com yang berpusat di AS, Jack Smith IV yang mendakwa seorang rakyat Malaysia ialah antara 71 orang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York ekoran larangan perjalanan tersebut.

Trump mengeluaran perintah larangan perjalanan itu minggu lepas, seminggu selepas mengangkat sumpah sebagai presiden.

“Larangan ke atas masyarakat Islam” seperti dirujuk sekarang, melarang rakyat dari Iraq, Syria, Iran, Yaman, Sudan, Libya dan Somalia daripada memasuki AS, tanpa mengira agama, untuk tempoh 90 hari sejak perintah itu ditandatangani. – BERNAMA

Kategori